Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, August 27, 2011

pasir menjadi mutiara

l
l
l
V


Assalamualaikum warahmatullah...

ana terbaca di majalah solusi isu 35 tadi kat ruangan 'angguk geleng', minat ngan satu cerita ni... PASIR MENJADI MUTIARA.. sangat menarik perhatian..xpenah lak terpikir or ter'tahu yang mutiara ni sebenarnya datangnya dari elemen2 seperti pasir...xpercaya mulanya, ingatkan dia saja wat cerita bohong, tapi pas google, rupenya betul la... mutiara tu dari pasir.. ley refer kat page ni...

sebenarnye bukan tu yang ana nak cerita sebenarnya... apa yang ana nak sampaikan kat sini ialah, bagaimana sesuatu yang dulunya tak berharga boleh menjadi sesuatu yang sangat berharga...

ingatla saudari2 ku, walaupun dulu kita ni teruk, jahat macam mana sekalipun, selagi ajal belum menjemput, selagi tu kita boleh berubah menjadi insan yang sangat bernilai seperti mutiara...berhijrah la menjadi yang lebih baik...berubahlah seperti berubahnya pasir tersebut menjadi mutiara...

petikan dari page tersebut :

Untuk Mutiara yang terhasil secara Asli [ dasar Laut ] :
Hanya bendasing contoh : Butiran pasir , parasit, dsb, yang terperangkap di dalam bahagian tisu lembut tiram sahaja yang akan mewujudkan mutiara di dalam tiram. Kemudian “bendasing” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”. Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun. Namun begitu, kebarangkalian agar tiram di masuki benda asing adalah sangat sedikit, justeru ini melonjakkan harga mutiara dari dasar laut berbanding mutiara yang di ternak [ kultur ].

nah, anggap pearl-sac ni sebagai nekad kita untuk berubah... manakala nacreous pula sebagai iman kita yang perlu semakin bertambah dari hari ke hari....dan akhirnya dapatlah kita menjadi mujahidah sejati... insyaAllah...Allahu'alam...


sekian, renung2kan dan selamat beramal!!!! :)

wassalam...

No comments:

Post a Comment