Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 22, 2011

hati itu milik Allah S.W.T

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
setiap apa yang ada pada kita, tidak kira la, tubuh badan, harta benda, rakan-rakan, semuanya adalah milik Allah S.W.T.. termasuklah hati.. hati merupakan segumpal daging yang mana memainkan peranan yang sangat penting buat kita..Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:
"Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahwa ia adalah hati"

itulah dia hati..bukan mudah untuk mendapatkan hati yang baik, bersih dan suci.. tetapi kita sebagai hamba Allah perlulah berusaha untuk menjadikan hati kita suci daripada titik-titik hitam yang menodainya..

dalam coretan ini, Aida ingin berkongsi tentang "hati itu milik Allah"..
acap kali kita akan diberikan nasihat agar sentiasa berdoa, bertawakal dengan setiap usaha yang kita lakukan.. Aida ambil contoh ketika
berada di bangku sekolah, terutama ketika ingin mengambil peperiksaan, guru-guru akan menasihatkan kita perbanyakkan berdoa, solat hajat dan sebagainya semoga hati pemeriksa tenang ketika menanda kertas jawapan kita..insya-Allah.. mengapa kita di suruh demikian, nah, inilah yang dimaksudkan hati itu milik Allah, Allah sahaja yang maha melembutkan hati seseorang itu juga sebaliknya seperti yang dikehendaki oleh-Nya.. oleh itu, janganlah kita berbuat suatu perkara yang boleh menyebabkan hati seseorang itu menjadi keras.. wallahualam..

itu satu contoh, contoh lain pula, jika kita ada membuat kesalahan pada orang lain, cepat-cepatlah kita meminta maaf kepada orang tersebut.. 'maaf' adalah perkataan yang sangat hebat bagi memulihkan hubungan sesama manusia.. mohonlah kemaafan dengan segera, agar kita sentiasa dalan redho Allah.. insya-Allah..tetapi, jika maaf kita tidak diterima, bersabarlah..tunggu la sehingga orang tersebut dalam keadaan tenang, tunggulah sehingga hatinya sejuk, dan mohonlah kemaafan kembali.. sambil itu, mohonlah pada Allah S.W.T agar dibukakan hatinya untuk memaafkan kita.. insya-Allah, kerana hati itu milik Allah..

janganlah kita mudah putus asa sehingga terputusnya jalinan ukhuwah yang telah terbina selama ini.. bagi mereka yang terguris hati dengan orang lain, cepat-cepatlah memaafkan orang tersebut..

Ibnu Abas r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda, “Ada sepuluh golongan dari umatku yang tidak akan masuk surga, kecuali bagi yang bertobat. Mereka itu adalah al-qalla’, al-jayyuf, al-qattat, ad-daibub, ad-dayyus, shahibul arthabah, shahibul qubah, al-’utul, az-zanim, dan al-’aq li walidaih.

Selanjutnya Rasulullah saw. ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah al-qalla’ itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka mondar-mandir kepada penguasa untuk memberikan laporan batil dan palsu.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah al-jayyuf itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka menggali kuburan untuk mencuri kain kafan dan sebagainya.”

Beliau ditanya lagi, “Siapakah al-qattat itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka mengadu domba

Beliau ditanya, “Siapakah ad-daibub itu?” Beliau menjawab, “Germo.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah ad-dayyus itu?” Beliau menjawab, “Dayyus adalah laki-laki yang tidak punya rasa cemburu terhadap istrinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.”

Rasulullah saw. ditanya lagi, “Siapakah shahibul arthabah itu?” Beliau menjawab, “Penabuh gendang besar.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah shahibul qubah itu?” Beliau menjawab, “Penabuh gendang kecil.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah al-’utul itu?” Beliau menjawab, “Orang yang tidak mau memaafkan kesalahan orang lain yang meminta maaf atas dosa yang dilakukannya, dan tidak mau menerima alasan orang lain.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah az-zanim itu?” Beliau menjawab, “Orang yang dilahirkan dari hasil perzinaan yang suka duduk-duduk di tepi jalan guna menggunjing orang lain. Adapun al-’aq, kalian sudah tahu semua maksudnya (yakni orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya).”


wallahualam..

Thursday, July 21, 2011

Let it comes from the bottom of your heart

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

kita hidup di dunia ini penuh dengan cabaran... acap kali kita disuntik dengan elemen-elemen negatif yang boleh menambah hitam hati kita semua.. benar, bukan mudah untuk menjadi baik, inikan pula ingin menjadi yang terbaik..tetapi dengan usaha yang gigih, insya-Allah kita mampu menjadi yang terbaik..

setiap manusia didunia ini melakukan kesilapan, melakukan kesalahan.. tiada 1 pun manusia biasa seperti kita yang terlepas dari melakukan maksiat.. tetapi, yang membezakan antara manusia-manusia biasa ini ialah perubahan yang dilakukan untuk memperbaiki segala kelemahan diri..ini juga apa yang kita katakan hijrah untuk menjadi lebih baik, lebih taat kepada Allah s.w.t agar kita sentiasa di bawah keredhoan Allah.. amin..

tetapi, janganlah pula kita berubah menjadi yang lebih baik itu kerana orang lain, kelak kita juga yang rugi.. berubah kerana orang lain itu selalunya tidak kekal, bisa menarik kita semula ke lembah maksiat..

di sini Aida bagi contoh seorang perempuan, sebelum ini hidupnya penuh dengan maksiat. melakukan maksiat di sana sini..berpakaian seperti tidak cukup kain sahaja lagaknya, bergaul dengan yang bukan mahram pula sesuka hatinya, tanpa memikirkan segala batas syariat agama... kemudian dia berkenalan pula dengan seorang jejaka, jejaka ini tidak gemarkan wanita sebegini, tetapi perempuan ini ingin mendapatkan cinta jejaka tersebut.. lantas dia pun berubah, mula memakai pakaian yang menutup aurat, tidak lagi bergaul bebas..

persoalannya kini, adakah perempuan ini akan istiqamah dalam hidupnya.. agaknya berapa peratus kebarangkalian dia akan kembali dengan perangai lamanya jika suatu hari nanti jejaka itu pergi dari hidupnya.. tidak mustahil bukan kalau suatu hari nanti, didalam dia dalam kekecewaan kerana jejaka itu meninggalkannya, dia akan mula bergaul bebas semula, memakai semula pakaian yang menjolok mata semua..

nah, disini la apa yang Aida ingin kongsikan..contoh yang paling dekat dengan Aida ialah diri Aida sendiri.. bagi sesiapa yang da lama berkenalan dengan Aida, pastinya mereka tahu bagaimana Aida dahulu.. hidup penuh dengan gelumang dosa, pakaian pula walaupun bertudung lebih kepada 'membungkus' aurat, endah tak endah sahaja segala perintah agama.. tetapi alhamdullilah, kini Aida cuba berubah menjadi yang lebih baik, berubah untuk mencari keredhoan Allah s.w.t, insya-Allah.. pernah juga kadang-kadang tu Aida terfikir, kenapa Aida boleh berubah begini? adakah kerana kakak Aida? atau adakah Aida ada berkenalan dengan lelaki yang alim? ermm.. rasanya memangla Aida ada berkenalan dengan lelaki yang alim,hanya sekadar rakan biasa... tetapi rasanya Aida da berubah sebelum berkenalan dengan dia lagi..sejak dari ketika di matrikulasi lagi Aida sudah cuba berubah sikit demi sikit, so, pasti bukan sebab lelaki alim.. sebab kakak? ermm.. cuba mencari alasan disitu..bagi Aida, kakak Aida hanyalah di utuskan oleh Allah s.w.t untuk membuka mata Aida tentang segala hijrah ni, dia diutuskan kerana perlu menjadi 'role model' buat adiknya yang banyak melakukan dosa ini..terima kasih kakak, terima kasih Allah..

nah, disini la apa yang Aida ingin kongsikan ialah..
berubahlah kerana kita yang nak berubah.. biar ia hadir dari dalam hati kita.. bukan dari dalam hati orang lain.. takut nanti al-jannah tidak dapat, an-nar pula menanti kita..wallahualam..

Wednesday, July 20, 2011

yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran..

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran..
dengar seperti satu kerugian kan? apabila apa yang kita impikan kita tak peroleh, malah apa yang kita ada pula terlepas dari genggaman..
ingatlah wahai teman, rezeki Allah itu ada di mana-mana.. barangkali apa yang kita kejar tidak dapat itu bukan la sesuatu yang baik kita..manakala apa yang kita gendong itu bukan sesuatu milik kita yang hakiki.. sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengasihani..

yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti..insya-Allah..
wahai rakan-rakan yang diredhoi Allah sekalian, janganlah kita sekali-kali rasa putus asa jika telah ditakdirkan sesuatu itu bukan milik kita.. berdoalah agar Allah s.w.t mengurniakan kita yang lebih baik dari itu..

coretan ini ingin Aida kongsikan kerana ini apa yang saya rasa baru-baru ini.. tapi Aida yakin, Allah maha mengetahui segala yang terbaik buat Aida.. untuk apa Aida meratapi segala yang bukan milik Aida.. cuma apa yang berlaku pada Aida agak pelik, tetapi tidaklah sesuatu yang bodoh bagi Aida.. yang dikejar sudah pasti tak dapat baru Aida mencicirkan yang digendong.. pelik bukan? insya-Allah, apabila tangan sudah kosong tanpa gendongan, lebih memudahkan Aida untuk mengejar yang baru, yang lebih baik dari yang dikejar tadi.. Allah maha mengetahui.. segalanya sudah ditentukan..

tetapi, janganlah kita sekali-kali hanya mengharapkan takdir 100% kerana kejayaan tidak datang bergolek.. apa yang perlu kita lakukan ialah usaha menjadi dan mencari yang terbaik serta berdoa kepada Allah agar mempermudahkan segala urusan kita dalam mendapatkan yang terbaik... perkara ini perlu dilakukan bukan sahaja dalam mencari jodoh, malah dalam kehidupan seharian kita..

dalam pelajaran misalnya, berusahalah menjadi pelajar yang terbaik..seperti Aida, Aida ingin sekali menjadi pelajar cemerlang.. kecundang sekali di matrikulasi tidak bermakna Aida akan kecundang selama-lamanya bukan? Allah maha mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-hambanya.. mungkin tempat Aida di UiTM.. mungkin bidang terbaik untuk Aida ialah bidang perakaunan.. dan bukan seni bina yang Aida minati selama ini.. insya-Allah.. Aida ingin menjadi yang terbaik, Aida inginkan Anugerah Dekan Peperiksaan setiap semester dan idamkan Anugerah Naib Canselor ketika Aida tamat pengajian kelak..moga Allah yang maha pemurah perkenankan doa Aida.. amin..

kepada rakan-rakan Aida ketika di Kolej Matrikulasi Selangor yang telah ditawarkan tempat di universiti dan kursus yang bukan kalian inginkan, bersyukurlah.. insya-Allah ada kebaikan kalian di sana.. ingat wahai teman, Allah maha mengetahui.. janganlah kita sekali-kali mengeluh dengan apa yang telah dikurniakan..

sekian, wassalam..

p/s : maaf andai topik di bawah agak lari tajuknya dengan topik di atas, hanya ingin berkongsi rasa di jiwa..

Monday, July 18, 2011

mengenal erti syukur..

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
alhamdullilah..Allah masih panjangkan usia Aida untuk mencoretkan sesuatu pada entri ni.. insyaAllah, Aida nak berkongsi sesuatu berkenaan dengan syukur..
Alhamdullilah, Aida sekarang da bergelar mahasiswi UiTM.. Aida berjaya meneruskan pengajian Aida di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru dalam kursus Diploma Perakaunan... walaupun Aida cuma mengambil diploma, tapi Aida tetap bersyukur sangat2 sebab masih ditawarkan tempat untuk menyambung pengajian Aida.. InsyaAllah Aida akan cuba meneruskan pengajian hingga ke peringkat ijazah sarjana..

mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa Aida sekarang belajar di peringkat diploma dan bukan ijazah.. sebabnya, Aida diberi ujian kecil dari Allah.. telah ditakdirkan Aida tidak mampu berjaya ketika di matrik dulu.. mungkin, usaha Aida yang tidak cukup.. tapi, Aida dikalangan yang bertuah sebab masih diberi peluang untuk meneruskan pengajian dan itu la yang membuatkan Aida betul2 bersyukur ke hadrat Allah.. Aida nak jadi insan yang berguna bila Aida da grad nanti..InsyaAllah.. doakan Aida yer..
wassalam..

p/s : setiap berlaku pasti ada hikmahnya.. :)