Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 13, 2010

AKU TAK NAK JADI ANAK DERHAKA!

Assalamualaikum..

Hye u’olls....

Pe cyte arini?? Ok x?? Sihat x??? Hehe...ter’caring la pulak...XD



.:KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA:.



p/s: SAYA SAYANG IBU SAYA!!!

Aku kat sini nak story sket pasal seorang insan bergelar IBU...

Ye...sume kita kan sini ada IBU...ade ibu tiri, ade ibu angkat, ade ibu jari,ade ibu roti, ade ibu sirap ..kan kan??? Haha...

Tapi bukan tu yang aku nk cyte kat sini...aku nk cerita tentang insan yang bergelar IBU KANDUNG...semua orang ade IBU...aku ade..kau ade...dia pon ade...tu cik akak yang kt tepi tu pon ade, makcik cleaner ade, pak guard pon ade..sume la senang cyte kan..

Sapela kita tanpa adanya insan yang bergelar IBU..tanpa dia kita tiada di dunia...

Walau jahat macam mne pon ibu kita, kita patut menghormati beliau sebagai insan plg mulia dlm hidup kita...jgnla sampai kita sanggup mengaibkan ibu kita di khalayak...

Sape kita nak AIBKAN, nak MENGUTUK, nak MENGATA apetah lagi nak MENGBURUKKAN IBU kita??? Makcik cleaner pon xde nak buruk2kan ibu bliau....SAPE2 YANG BURUKKAN IBU DIA TU MEMANG XCERDIK LANGSUNG..ANAK DERHAKA!

Cuba tepuk dada, tnye iman kita... LAYAK KE KITA NAK AIBKAN IBU KITA???

SYURGA TU KAN KAT BAWAH TAPAK KAKI IBU..

Beliau insan yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita, untuk bagi kita tengok dunia.. 9 BULAN 10 HARI kot beliau mengusung kita ke mana2 sepanjang kita menyemak dalam perut ibu kita.. sangup ibu usung perut yang berat tu mase beliau nak masak untuk ayah kita, masa nak sapu sampah di sekitar rumah setiap pagi, sanggup tahan sakit slame kita ade dalam rahimnya..tahan sakit bila kita tendang perut beliau...

IBU, TERIMA KASIH BU....

Selepas 9 BULAN 10 HARI kita dlm perut beliau,


UWEKKK!!! UWEKKK!!!

Suara tangisan kita kedengaran di setiap sudut wad bersalin ibu kita..

Waktu tu, hati ibu kita bahagia sgt..beliau lupa akan keperitan semasa bertarung nyawa melahirkan kita di dunia yang fana ni...

Bermula dari hari pertama kelahiran, ibu rawat kita....ibu menyusukan kita...waktu tu hati kita dekat ngan hati ibu..ibu belai kita dengan penuh rasa sayang... ibu mandikan kita, ibu jaga cebok berak kita..sikit pon ibu tak rasa jijik..

Hingga kita besar...hingga kita jadi kita pada hari ni...da besar panjang da buah hati ibu sorang ni...


Tapi kita, baru berjaya sikit, baru dpt belajar tinggi sikit da nak mula biadap dgn ibu... ibu larang wat itu ini kita memberontak...kita kata ibu jahat...ibu ngongkong kita...ibu kate je ibu sayang kita tapi ibu xbagi kita ade life sendiri mcm budak2 len...kita marah ibu...kita kata kat ibu yang kita bukan budak2...kita kata ibu xpatut layan kita mcm kita ni budak2..

Terguris hati ibu...insan yang bergelar ibu itu hanya mahu kita jadi yg terbaik...hanya ingin lihat kita jd insan cemerlang, insan yang berguna satu hari nanti...ibu larang kita wat itu ini sebab ibu sayang kita...hati ibu punya gerak hati yang mengatakan stiap perkara yg dihalangnya tu adalah xbaik kalo anaknya wat...jadi beliau menghalang sekeras2nya bende tu..mungkin kita kate, ala, kita bukan nak ape..kita Cuma nak berkawan je ngan si polan si polan ni...xkan tu pon xley kot...ibu ni kolot la...tak sporting lgsung...kawan je....

erm...xmustahil hati ibu itu ade instinct yg mgatakan anak dye akan rosak kalo kawan ngan si polan ni...sbb tu la dye halang kita sekeras2nya...jgnla disebabkan CINTA kekasih, kita lupa nak cintakan ibu kita..jangan disebabkan CINTA KEKASIH, kita jadi ALPA pada CINTA IBU..


IBU begitu sempurna, di mataku IBU begitu indah..

IBU membuat diriku selalu memuja IBU..

Di setiap langkahku, ku kan selalu memikirkan diri IBU..

Tak dapat ku bayangkan hidupku tanpa cinta IBU...

Janganlah IBU tinggalkan diriku..

Takkan mampu aku hadapi semua..

Hanya bersama IBU aku akan bisa..

IBU adalah darah ku..

IBU adalah jantung ku...

IBU adalah hidupku lengkapi hidupku..

Oh IBU kau begitu SEMPURNA...


“YA 4W1 YA TUHANKU, janganlah KAU jauhkan aku dengan cinta ibu ku bila aku berjaya kelak...bantulah aku jadi anak yang soleh solehah..jadikanlah aku anak yang berguna, anak yang taat..peliharalah aku dari menderhaka kepada kedua orang tuaku YA 4W1..

YA 4W1 YA TUHANKU, ampunilah dosa IBUKU YA 4W1..jauhkanlah ibu dari api neraka YA 4W1..tempatlah kan ibu dikalangan orang2 yang beriman YA 4W1..amin ya rabal alamin...”




Sunday, December 5, 2010

AKU TAK SOLAT PON BERJAYA! HEBAT TAK AKU?

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?






Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok,aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,
Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


p/s: thanks 4 my chemistry lecturer sbb kongsi kisah ni..sy letak kat blog ni taw..hehe

Friday, November 19, 2010

saya cinta sama UKUR BAHAN~

weiweiwei..aku nk story mory sket ni dok..aku xtaw la ntah nur ape yg dtg kt jiwa aku ni smpai aku jatuh hati ngan course ukur bahan atau QUANTITY SERVEYING ni...sbnrnye mmg dr awal lg aku nk apply cos ni..tp xde hidayah lak...smpai la utk pmohonan uitm intake dec aritu..aku apply akaun...tp hati nk ukur bahan...tu la..akak aku kate cos ukur bahan tu susah nk dpt keje...tp pas aku apply akaun, aku jmpe artikel yg kate cos ni sng gler dpt keje,...sejak tu la aku nyesal gler...mmg omaigot omaigot la sbb aku x apply cos tu....

-bile rezak uitm kuar-

Harap Maaf,
Permohonan anda ke Universiti Teknologi MARA adalah tidak berjaya.



Calon yang tidak berjaya , boleh membuat permohonan e-rayuan
Keputusan bagi permohonan ke Program Pra Diploma dijangka boleh disemak mulai 29 November 2010

Permohonan kemasukan ke UiTM bagi sesi Julai 2011 akan di iklankan dan dibuka pada bulan Januari 2011

omaigot omaigot..how dare aku ley xdpt ni??? terok no ke hah rezak spm aku?? bek ko cakap!! terok ke hah!!!

haha...ter'emo lak daku...tp xpe...at least aku ade peluang utk apply cos ukur bahan tu mase wat rayuan...insyaAllah..


disini aku nak cyte sket sbanyak tugas juruukur bahan ni...bace taw!



Juruukur Bahan merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dengan sesuatu projek dari awal hinggalah ke peringkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki.

Oleh itu tanggungjawab asas pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Dalam menentukan sesuatu projek yang dirancangkan sesuai atau tidak dengan lokasinya maka pihak Juruukur Bahan bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemungkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontraktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan
hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender

Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

6. Penilaian kerja.

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10.akaun muktamad
Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

hah...amacam?? hebat x keje sowg juruukur bahan ni?? erm...harap2 la aku dpt cos tu ble razak rayuan kuar t..aminnn...












ni pic yg aku tampal kat locker bilik aku kt matrix..aku ingat kalo aku dpt carry on matrix aku nk amek cos ni time degree t...nk amek kt utm...dekat sket...hehe..aminnnn...